Wednesday 19 June 2013

Bismillahirrahmannirrahim..

Salam & Selamat petang :))

Jika anda TRAVEL @ BERSHOPPING @ BEKERJA, adakah anda selalu mengalami masalah & gangguan seperti ini:

1. TERTINGGAL kelengkapan solat
2. TERPAKSA beratur menunggu & berebut
3. Telekung solat & sejadah TIDAK CUKUP di surau @ masjid
4. Telekung solat BERBAU & MELOYAKAN, sejadah BASAH & MASAM

Ini PENYELESAIANNYA!!!

Jom beli HANDBAG SEJADAH TTOM ;))

Dah siap solat, letak je telekung solat atas sejadah & lipat jadi bag.

WOWWWW!!!! MUDAH , CEPAT & SENANG!

Anda tidak tertinggal telekung & sejadah lagi.

JOM beli 1 Set Pakej Muslimah Sejati sekarang.

PM TTOM 'Saya Berminat' sekarang & dapatkan harga promosi sempena Ramadhan bakal menjelang!!

Ikhlas dari
TTOM



>>>>>>TAWARAN TERHAD BULAN RAMADHAN!<<<<<<

KOS PENGHANTARAN PERCUMA + HADIAH ISTIMEWA

PERHATIAN MUSLIMAH-MUSLIMAH DI LUAR SANA! Adakah anda ingin mendapatkan produk peralatan solat yang berkualiti dan cantik dengan HARGA YANG SANGAT MURAH?

Kini anda boleh menunaikan solat dengan tenang dan selesa.. Dapatkannya sekarang dan anda akan dapat PAKEJ MUSLIMAH SEJATI istimewa sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Apa yang anda dapat dalam PAKEJ MUSLIMAH SEJATI?
1- Handbag Sejadah TTOM
2- Telekung
3- HADIAH MISTERI (1 set Santapan Rohani Penenang Jiwa)

TAWARAN TERHAD! + HADIAH ISTIMEWA ini boleh didapati dengan harga yang sangat MURAH! Ye! SANGAT MURAH DAN BERBALOI!

TERHAD HANYA UNTUK 100 PELANGGAN YANG BERTUAH!Siapa cepat dia dapat!

Bayangkan dengan harga yang MURAH anda boleh dapatkan produk2 peralatan solat yang bernilai dalam RM200 dengan serta merta! Jangan lepaskan peluang dan ambil tindakan sekarang jika anda tak mahu tengok peluang ni terlepas begitu sahaja! KLIK DAN BELI PAKEJ MUSLIMAH SEJATI INI SEKARANG!

KLIK SINI --> http://goo.gl/E2ZKP

p/s: Tawaran ini hanya berlangsung selama 15 hari sahaja. Peluang seperti ini mungkin tidak akan muncul lagi, jangan tunggu lagi, AMBIL TINDAKAN SEKARANG dan dapatkan PAKEJ MUSLIMAH SEJATI yang mahal ini pada harga murah SEKARANG!

Hubungi TTOM di talian 019 2000 785 (Pn. Aishah) untuk mendapatkan harga istimewa dan keterangan lanjut atau

KLIK SINI -->https://www.facebook.com/messages/The-Touch-Of-Muslims

Ingat! TERHAD HANYA UNTUK 100 PELANGGAN YANG BERTUAH dalam masa 15 HARI SAHAJA!Siapa cepat dia dapat!

ikhlas

The Touch Of Muslims
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah hasrat TTOM untuk menyediakan keperluan ibadah terlaksana jua.

HANDBAG SEJADAH adalah antara koleksi yang menarik dan terbaik dari TTOM. Handbag ini bukan saja berperanan untuk menyimpan sejadah dan telekung malah ianya juga boleh berfungsi untuk menyimpan barang-barang keperluan lain seperti handphone, wallet dan pelbagai lagi.

Handbag ini sebenarnya dicipta oleh TTOM berdasarkan pengalaman yang dilalui ketika bermusafir di beberapa tempat. Antara pengalaman yang TTOM lalui ialah ketika menggunakan kemudahan surau. Keperluan solat seperti sejadah dan telekung yang tidak dibasuh menyebabkan solat kita terganggu dengan bau hapak sejadah dan telekung tersebut.

Mungkin tiada orang yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan surau tersebut. Tapi, bukan semua surau yang TTOM maksudkan begini keadaannya ye.. Hanya segelintir sahaja. Jadi bermula dari situ timbulah idea TTOM untuk menghasilkan Handbag Sejadah ini yang sangat mudah untuk di bawa ke mana saja.

Handbag Sejadah ini sangat praktikal kerana sejadah dijahit terus dengan handbag (melekat). Ianya tidak akan menyusahkan pengguna untuk mengeluarkan dan memasukkan semula sejadah ke dalam beg. Senang untuk dibuka dan dilipat.

Keistimewaan Handbag Sejadah ini ialah ianya didatangkan sekali dengan telekung. Menarik bukan? Telekung yang kami sertakan adalah yang berkualiti dan sangat selesa untuk digunakan. Lengkap untuk kita bawa ke mana saja. Handbag Sejadah ini boleh disimpan di dalam kereta, di pejabat dan juga di rumah.

Apa lagi keistimewaan Handbag Sejadah TTOM berbanding dengan beg sejadah sediada? Handbag Sejadah TTOM boleh dibasuh seperti kain biasa apabila kotor. Mudah kering dan mudah untuk dijemur.

Selain itu kualiti handbag yang sangat terbaik dan sejadah yang lembut (bukan nipis) dapat memuaskan hati anda yang menggunakannya. InsyaAllah solat kita pun akan khusyuk tanpa terganggu dengan bau hapak apabila menggunakan keperluan solat di tempat lain selain dari rumah kita.

Ikhlas dari
The Touch Of Muslims (TTOM)

Friday 31 May 2013

Tempat Solat Yang Kotor?



Tempat Solat Yang Kotor?




Baru-baru ini saya sibuk dengan urusan kerja di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Dalam perjalanan ke destinasi, saya banyak berhenti untuk merehatkan badan dan juga menunaikan solat di RnR dan juga masijid. 
 
Saya lebih seronok jika berhenti rehat di RnR kerana banyak kemudahan yang disediakan di situ seperti kedai makan, surau , tandas dan macam-macam lagi kemudahan yang lain.


Seperti yang kita ketahui kawasan RnR adalah satu kawasan yang sangat selesa kerana kebersihannya yang sangat terjaga. Saya sangat suka menggunakan tandas di RnR kerana ianya cukup selesa dan bersih. Begitu juga dengan surau yang disediakan ianya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk bersolat. 


Walau bagaimanapun tidak semua kawasan RnR yang saya kunjungi itu bersih dan selesa. Ada juga beberapa kawasan rehat yang amat mendukacitakan saya sebagai pengunjung yang ingin beristirehat. Hingga tahap kerbersihan tersebut amat MENGGELIKAN. 


Begitu juga dengan tahap kebersihan di dalam masjid dan juga surau. Masjid dan surau adalah kawasan yang perlu dijaga kebersihannya kerana ianya digunakan sepanjang waktu. 


Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tahap kebersihan surau di beberapa perhentian rehat dan juga masjid yang telah saya kunjungi. Ada beberapa masjid dan surau yang tahap kebersihannya amat membimbangkan. Bayangkan tempat untuk kita beribadah ibarat tempat yang terbiar ? Begitulah keadaan yang dapat saya gambarkan situasi sesetengah persekitaran  masjid dan surau yang terdapat di negara ini.


Bukan sahaja di kawasan perkampungan dan pedalaman, kawasan bilik air dan tempat mengambil wuduk di rumah Allah SWT juga dilihat kurang diselenggara dengan baik walaupun di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.


Lebih menyedihkan, selain mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, sisa najis, lumut serta sawang turut 'berpenghuni' dalam bilik bersuci di rumah ibadat bagi umat Islam itu.


Saya telah berkunjung di beberapa lokasi  mendapati, pelbagai masalah turut berlaku seperti; tandas tersumbat, mangkuk tandas pecah dan kotor, pam tidak berfungsi, lantai tandas pecah dan berlumut, siling bersawang, sinki tersumbat, sejadah yang busuk (tidak pernah dibasuh), kain pelikat dan telekung yang hapak serta kotor, lantai/ carpet yang dipenuhi dengan tahi cicak dan habuk-habuk busuk.

 


Saya merasakan ini bukan sahaja mengurangkan keselesaan jemaah dan pengguna, malah mengurangkan minat umat Islam untuk mengunjungi rumah Allah itu.
 

Rungutan mengenai tahap kebersihan masjid dan surau yang kurang memuaskan sering menjadi buah mulut di kalangan kita.


Apa yang saya sedar permasalahan yang semakin menjadi tanda tanya itu telah pun diutarakan ke peringkat atasan. Walaupun pelbagai kempen dan program dijalankan, namun masalah ini diibarat bermusim yang tidak berpenghujung.


Pasti ada sahaja yang akan mengadu mendakwa surau yang digunakan jijik dan kotor sehingga tidak sanggup untuk menggunakannya.


Perkara yang dilihat semakin kurang diambil perhatian itu dikatakan turut boleh menjejaskan identiti dan imej Islam kepada orang bukan Islam yang selama ini menganggap Islam agama yang mengutamakan kebersihan.


Sehinggakan terdapat sesetengah rumah ibadat yang sepatutnya diselenggara dan dipastikan kebersihannya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi di kawasan tandas dan bilik wuduk.


Kesimpulan mudah yang dapat dibuat terhadap sesuatu agama adalah berdasarkan rumah ibadat mereka. Ini kerana, secara umumnya segala penilaian dapat dibuat dan menggambarkan penganut agama tersebut dengan melihat rumah ibadat.


Jika kesedaran terhadap kebersihan khasnya di kawasan rumah ibadat kurang, secara tidak langsung memberi kesan negatif, sekali gus memburukkan keseluruhan imej Islam.


Ini juga dilihat menjadi penghalang serta menghilangkan kepercayaan bukan Islam yang mengetahui Islam itu menitikberatkan kebersihan bagi yang ingin memeluk Islam.


Oleh itu katanya, hadis Rasulullah SAW bermaksud; "Sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan menyukai kebersihan", perlu diterapkan dalam jiwa setiap umat Islam, bukan sahaja diungkapkan di bibir.


Sebagai umat Islam juga seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada agama lain kerana ia merupakan salah satu langkah dalam berdakwah.

Secara umumnya fitrah manusia yang menyukai kepada kebersihan. Istimewanya bagi umat Islam adalah kebersihan telah didedahkan dengan prinsip menjaga kebersihan sejak kecil dan juga merupakan tuntutan agama.


Tetapi jika kita lihat, realiti yang berlaku orang bukan beragama Islam lebih mendahului kita dalam aspek kebersihan terutamanya bahagian tandas