Tempat Solat Yang Kotor?
Baru-baru ini saya
sibuk dengan urusan kerja di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan juga
Sabah Sarawak. Dalam perjalanan ke destinasi, saya banyak berhenti untuk
merehatkan badan dan juga menunaikan solat di RnR dan juga masijid.
Saya lebih seronok
jika berhenti rehat di RnR kerana banyak kemudahan yang disediakan di situ
seperti kedai makan, surau , tandas dan macam-macam lagi kemudahan yang lain.
Seperti yang kita
ketahui kawasan RnR adalah satu kawasan yang sangat selesa kerana kebersihannya
yang sangat terjaga. Saya sangat suka menggunakan tandas di RnR kerana ianya
cukup selesa dan bersih. Begitu juga dengan surau yang disediakan ianya dilengkapi
dengan pelbagai kelengkapan untuk bersolat.
Walau bagaimanapun
tidak semua kawasan RnR yang saya kunjungi itu bersih dan selesa. Ada juga
beberapa kawasan rehat yang amat mendukacitakan saya sebagai pengunjung yang
ingin beristirehat. Hingga tahap kerbersihan tersebut amat MENGGELIKAN.
Begitu juga dengan
tahap kebersihan di dalam masjid dan juga surau. Masjid dan surau adalah
kawasan yang perlu dijaga kebersihannya kerana ianya digunakan sepanjang waktu.
Apa yang ingin
saya kongsikan di sini ialah tahap kebersihan surau di beberapa perhentian
rehat dan juga masjid yang telah saya kunjungi. Ada beberapa masjid dan surau
yang tahap kebersihannya amat membimbangkan. Bayangkan tempat untuk kita beribadah
ibarat tempat yang terbiar ? Begitulah keadaan yang dapat saya gambarkan
situasi sesetengah persekitaran masjid
dan surau yang terdapat di negara ini.
Bukan sahaja di
kawasan perkampungan dan pedalaman, kawasan bilik air dan tempat mengambil
wuduk di rumah Allah SWT juga dilihat kurang diselenggara dengan baik walaupun
di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.
Lebih menyedihkan,
selain mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, sisa najis, lumut serta
sawang turut 'berpenghuni' dalam bilik bersuci di rumah ibadat bagi umat Islam
itu.
Saya telah berkunjung
di beberapa lokasi mendapati, pelbagai
masalah turut berlaku seperti; tandas tersumbat, mangkuk tandas pecah dan
kotor, pam tidak berfungsi, lantai tandas pecah dan berlumut, siling bersawang,
sinki tersumbat, sejadah yang busuk (tidak
pernah dibasuh), kain pelikat dan
telekung yang hapak serta kotor, lantai/
carpet yang dipenuhi dengan tahi cicak dan habuk-habuk busuk.
Saya merasakan ini
bukan sahaja mengurangkan keselesaan jemaah dan pengguna, malah mengurangkan
minat umat Islam untuk mengunjungi rumah Allah itu.
Rungutan mengenai
tahap kebersihan masjid dan surau yang kurang memuaskan sering menjadi buah
mulut di kalangan kita.
Apa yang saya sedar permasalahan yang semakin menjadi tanda tanya itu telah pun diutarakan
ke peringkat atasan. Walaupun pelbagai kempen dan program dijalankan, namun
masalah ini diibarat bermusim yang tidak berpenghujung.
Pasti ada sahaja
yang akan mengadu mendakwa surau yang digunakan jijik dan kotor sehingga tidak
sanggup untuk menggunakannya.
Perkara yang
dilihat semakin kurang diambil perhatian itu dikatakan turut boleh menjejaskan
identiti dan imej Islam kepada orang bukan Islam yang selama ini menganggap
Islam agama yang mengutamakan kebersihan.
Sehinggakan
terdapat sesetengah rumah ibadat yang sepatutnya diselenggara dan dipastikan
kebersihannya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi di
kawasan tandas dan bilik wuduk.
Kesimpulan mudah
yang dapat dibuat terhadap sesuatu agama adalah berdasarkan rumah ibadat
mereka. Ini kerana, secara umumnya segala penilaian dapat dibuat dan
menggambarkan penganut agama tersebut dengan melihat rumah ibadat.
Jika kesedaran
terhadap kebersihan khasnya di kawasan rumah ibadat kurang, secara tidak
langsung memberi kesan negatif, sekali gus memburukkan keseluruhan imej Islam.
Ini juga dilihat
menjadi penghalang serta menghilangkan kepercayaan bukan Islam yang mengetahui
Islam itu menitikberatkan kebersihan bagi yang ingin memeluk Islam.
Oleh itu katanya, hadis Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan menyukai kebersihan", perlu
diterapkan dalam jiwa setiap umat Islam, bukan sahaja diungkapkan di bibir.
Sebagai umat Islam
juga seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada agama lain kerana ia
merupakan salah satu langkah dalam berdakwah.
Secara umumnya
fitrah manusia yang menyukai kepada kebersihan. Istimewanya bagi umat Islam
adalah kebersihan telah didedahkan dengan prinsip menjaga kebersihan sejak
kecil dan juga merupakan tuntutan agama.
Tetapi jika kita lihat, realiti yang berlaku orang bukan
beragama Islam lebih mendahului kita dalam aspek kebersihan terutamanya bahagian
tandas
No comments:
Post a Comment