Wednesday 19 June 2013

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah hasrat TTOM untuk menyediakan keperluan ibadah terlaksana jua.

HANDBAG SEJADAH adalah antara koleksi yang menarik dan terbaik dari TTOM. Handbag ini bukan saja berperanan untuk menyimpan sejadah dan telekung malah ianya juga boleh berfungsi untuk menyimpan barang-barang keperluan lain seperti handphone, wallet dan pelbagai lagi.

Handbag ini sebenarnya dicipta oleh TTOM berdasarkan pengalaman yang dilalui ketika bermusafir di beberapa tempat. Antara pengalaman yang TTOM lalui ialah ketika menggunakan kemudahan surau. Keperluan solat seperti sejadah dan telekung yang tidak dibasuh menyebabkan solat kita terganggu dengan bau hapak sejadah dan telekung tersebut.

Mungkin tiada orang yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan surau tersebut. Tapi, bukan semua surau yang TTOM maksudkan begini keadaannya ye.. Hanya segelintir sahaja. Jadi bermula dari situ timbulah idea TTOM untuk menghasilkan Handbag Sejadah ini yang sangat mudah untuk di bawa ke mana saja.

Handbag Sejadah ini sangat praktikal kerana sejadah dijahit terus dengan handbag (melekat). Ianya tidak akan menyusahkan pengguna untuk mengeluarkan dan memasukkan semula sejadah ke dalam beg. Senang untuk dibuka dan dilipat.

Keistimewaan Handbag Sejadah ini ialah ianya didatangkan sekali dengan telekung. Menarik bukan? Telekung yang kami sertakan adalah yang berkualiti dan sangat selesa untuk digunakan. Lengkap untuk kita bawa ke mana saja. Handbag Sejadah ini boleh disimpan di dalam kereta, di pejabat dan juga di rumah.

Apa lagi keistimewaan Handbag Sejadah TTOM berbanding dengan beg sejadah sediada? Handbag Sejadah TTOM boleh dibasuh seperti kain biasa apabila kotor. Mudah kering dan mudah untuk dijemur.

Selain itu kualiti handbag yang sangat terbaik dan sejadah yang lembut (bukan nipis) dapat memuaskan hati anda yang menggunakannya. InsyaAllah solat kita pun akan khusyuk tanpa terganggu dengan bau hapak apabila menggunakan keperluan solat di tempat lain selain dari rumah kita.

Ikhlas dari
The Touch Of Muslims (TTOM)

No comments:

Post a Comment